Thursday, 19 May 2011

proses permulaan ayam



gambar anak ayam yang banyak


anak ayam yang baru menetas



proses kejadian ayam adalah daripada telur. selepas itu lahirlah anak ayam daripada ibu ayam.semasa proses ini,ibu ayam mengambil masa yang lama untuk mengeramkan anak ayam. Di Malaysia,ini, anak-anak ayam kampung dikatakan mempunyai ketahanan yang kuat dan mampu betahan berbanding ayam-ayam yang lain.  anak-anak ayam mestilah diasingkan ke dalam satu reban tetapi apabila ianya cukup berkemampuan untuk makan sendiri.

Wednesday, 18 May 2011

kategori ayam


                                                                         ayam peru

anak ayam



ada bemacam-macam jenis ayam.....di antaranya ialah ayam kampung,ayam daging dan ayam peru. sepertimana kita tahu,ayam daging selalunya terdapat di pasar-pasar manakala untuk ayam kampung dan peru sukar untuk didapati. ayam kampung selalunya mendapat pasaran yang mahal kerana isinya yang tidak mempunyai banyak lemak berbanding ayam yang lain. pasaran untuk ayam kampung pula adalah sangat tinggi dan mendadak buat masa ni.

ayam dan jenis-jenisnya


                                                          ayam duduk bertenggek


                                                                     ayam hutan


Ayam (Gallus gallusGallus gallus domesticus) merupakan sejenis burung peliharaan yang seringkali diternak bagi telurnya. Ia dipercayai berasal daripada Ayam Hutan Merah Asia (Asian Red Junglefowl).
Ayam merupakan burung paling biasa di dunia. Dianggarkan terdapat 24 bilion pada tahun 2003, menurut Firefly Encyclopedia of Birds.
Ayam merupakan haiwan maserba. Ia makan hampir apa sahaja, dari bijian ke daunan dan dari serangga ke tikus. Namun ayam ternakan biasanya diberi makanan khas seperti bijirin dan sumber protein. Ayam ternakan biasanya tidak dapat terbang begitu jauh.
Ayam merupakan makanan yang sangat digemari dan boleh digoreng untuk dimakan begitu sahaja ataupun sebagai lauk untuk dimakan bersama nasi.

video ayam kampung